Objektif bagi inovasi yang dapat diringkaskan melalui sumber
maklumat, ia mampu melahirkan generasi berfikran kreatif, inovatif dan inventif
dalam penyelesaian masalah. Inovasi mudah difahami dengan perubahan sesuatu
teknologi yang lebih ringan atau memudahkan pergerakan mahupun pengurusan dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, penggunaan telefon awam yang menggunakan
syiling semakin kurang permintaan apabila telefon bimbit yang hanya boleh
dibawa kemana sahaja sekaligus membantu dalam penggunaan harian genarasi pada
era globalisasi kini. Selain itu, inovasi membantu dalam kepekaan terhadap
masalah persekitaran semasa. Contoh yang dapat dilihat apabila teknologi yang
berkuasa tinggi dapat diwujudkan oleh negara Barat dengan mencipta alat
pengesan pencemaran alam seperti banjir kilat , gempa bumi dan bencana alam.
CONTOH ALAT YANG DIREKA UNTUK MENGESAN GEMPA BUMI
Seterusnya, ia mempunyai daya cipta dan keinginan dalam
mengausai teknologi terkini. Terang lagi bersuluh penggunaan barang elektrik amatlah
diperlukan pada abad ini justeru ia juga memupuk budaya keusahawanan dan
seterusnya mengamalkan ciri-ciri keusahawanan. Bersikap berani mencuba, rajin,
tekun, sabar dan tidak mudah putus asa merupakan sikap dan nilai postif yang
dapat disemat dalam diri sekaligus melahirakan generasi yang bertanggungjawab
dalam mengendalikan sesuatu kerja.
No comments:
Post a Comment