Monday, January 28, 2019

KESIMPULAN

      
Kreativiti dan inovasi adalah kunci untuk menjadikan negara Malaysia sebagai  negara pencipta dengan pengubalan dasar- dasar negara. Selain itu, ekonomi global semakin berkurangan dan semakin banyak pesaing, sebagai rakyat kita juga perlu memikirkan cara- cara yang terbaik juga untuk menghasilkan produk cemerlang, perkhidmatan atau proses. Malahan itu, usaha yang dijalankan oleh kerajaan telah terbukti berjaya mengubah minda rakyat Malaysia. Dengan segala apa yang dirancangkan kita perlu laksanakan dengan jayanya bagi mengembangkan budaya inovasi. Akhir sekali, kita harus melahirkan pekerja yang produktif untuk meningkatkan imej organisasi dan negara.

Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini dan tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini, tugas semua pihak amatlah diperlukan dalam membantu generasi untuk terus bersaing dan meningkatkan nama negara ke mata dunia sekaligus merealisasikan tujuan untuk menjadi negara berteknologi tinggi.









No comments:

Post a Comment

VIDEO