Pada era globalisasi kini, teknologi dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam aspek kehidupan di mana teknologi dan inovasi ini menjanjikan kemudahan dalam kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini demikian kerana, ia mempunyai banyak kelebihan serta manfaat yang tersendiri. Sebagai contoh, penggunaan computer dapat membantu pelajar mahupun kakitangan yang bekerja dalam penggunaan haria kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga mampu membantu para pengajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika ia digunakan dengan bersistematik. Oleh itu, kepentingan ini dapat diperluaskan jika individu dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Dunia perniagaan berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan perubahan. Justeru, usahawan yang membudayakan kreativiti dan inovasi di dalam model perniagaan mereka akan lebih bergerak maju dan berjaya berbanding usahawan yang kekal dengan model perniagaan tradisional yang hanya mementingkan jualan semata-mata. Kreativiti dan inovasi di dalam dunia perniagaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya melalui produk, perkhidmatan, jenama, model perniagaan dan pemasaran.
Kepentingan seterusnya, memastikan wujudnya kesinambungan antara sistem persekolahan dan pendidikan. Melaui isi berikutnya, ia menghuraiakn pengajian TVET yang didedahkan oleh Kementerian Pendidikan seperti Vokasional, Politeknik dan kolej komuniti mampu memberi penekanan dan melatih 60 peratus tenaga mahir dalam negara menjelang 2020. Ini dapat dikendalikan melalui bidang teknologi dan inovasi, kemahiran hidup dengan kurikulum reka cipta dan pertandingan reka cipta kebangsaan yang dilaksanakan setiap tahun. Tidak di lupakan juga, perkembangan dalam inovasi kini mampu disertai oleh institusi pengajian sama ada kerajaan mahupun swasta dalam mewujudkan daya saing yang kuat dan melahirkan idea yang berkebolehan tinggi dalam inovasi sekaligus dapat mengeksploitasi sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dunia.
Seterusnya, kepentingan inovasi mampu menjamin kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi. Ia dpat mencipta dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan kerana inovasi bersifat mendahului. Sebagai contoh pasaran untuk “kek lapis” boleh merentasi sempadan geografi yang dibuat di Malaysia akhirnya dijual ke seluruh dunia. Ia juga mewujudkan persekitaran kerja yang berdaya maju kerana pengusaha atau kerajaan sentiasa membuat yang terbaik untuk terus kekal relevan sepanjang masa. Contoh diambil melalui inovasi dalam pembungkusan produk keluaran Malaysia. Akhir sekali, mampu meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat seperti klinik bergerak dan balai polis bergerak.
No comments:
Post a Comment