KEPENTINGAN INOVASI DALAM KEHIDUPAN
Thursday, February 14, 2019
Monday, January 28, 2019
SUMBER
https://ustazkenali.wordpress.com/2012/10/16/karangan-kepentingan-inovasi/
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/Kreativiti-inovasi-dalam-pendidikan
http://www.majalahniaga.com/kepentingan-kreativiti-dan-inovasi-dalam-dunia-perniagaan.html
https://panitiabmsmkcj.wordpress.com/2013/03/09/contoh-karangan-inovasi-dalam-pertanian/
http://shountunnajjah.blogspot.com/2011/03/kepentingan-teknologi-dan-inovasi.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/Kreativiti-inovasi-dalam-pendidikan
http://www.majalahniaga.com/kepentingan-kreativiti-dan-inovasi-dalam-dunia-perniagaan.html
https://panitiabmsmkcj.wordpress.com/2013/03/09/contoh-karangan-inovasi-dalam-pertanian/
http://shountunnajjah.blogspot.com/2011/03/kepentingan-teknologi-dan-inovasi.html
AHLI KUMPULAN
NAMA : SITI AIDA BINTI MOHD. HADI
UMUR : 20 TAHUN
INSTITUSI:POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
PENGAJIAN: DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
NAMA : SITI ZAREENA BINTI AHMAD
UMUR : 20 TAHUN
INSTITUSI: POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
PENGAJIAN: DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
NAMA : NUR IRDINA BINTI SAHRUL BASRI
UMUR : 20 TAHUN
INSTITUSI: POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
PENGAJIAN: DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
PENGENALAN
Apakah sebenarnya definisi kreativiti dan inovasi? Kreativiti
ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea baru.
Ia melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang di proses semula,
membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi suatu yang baru. Sementara itu,
inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru dan
yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina “trend”
baru dan menggunakan peluang maksimum walaupun dalam ekosistem yang banyak
persaingan.
Sebagai contoh jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya
sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi ia digunakan sebagai alat
hiburan, internet, kamera, penyampai maklumat, memberi pandu arah perjalanan
dan membuat pelbagai pengiraan. Anatara media sossial yang hangat pada era
globalisasi kini ialah aplikasi " WHATSAPP"
OBJEKTIF PENGENALAN
Objektif bagi inovasi yang dapat diringkaskan melalui sumber
maklumat, ia mampu melahirkan generasi berfikran kreatif, inovatif dan inventif
dalam penyelesaian masalah. Inovasi mudah difahami dengan perubahan sesuatu
teknologi yang lebih ringan atau memudahkan pergerakan mahupun pengurusan dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, penggunaan telefon awam yang menggunakan
syiling semakin kurang permintaan apabila telefon bimbit yang hanya boleh
dibawa kemana sahaja sekaligus membantu dalam penggunaan harian genarasi pada
era globalisasi kini. Selain itu, inovasi membantu dalam kepekaan terhadap
masalah persekitaran semasa. Contoh yang dapat dilihat apabila teknologi yang
berkuasa tinggi dapat diwujudkan oleh negara Barat dengan mencipta alat
pengesan pencemaran alam seperti banjir kilat , gempa bumi dan bencana alam.
CONTOH ALAT YANG DIREKA UNTUK MENGESAN GEMPA BUMI
Seterusnya, ia mempunyai daya cipta dan keinginan dalam
mengausai teknologi terkini. Terang lagi bersuluh penggunaan barang elektrik amatlah
diperlukan pada abad ini justeru ia juga memupuk budaya keusahawanan dan
seterusnya mengamalkan ciri-ciri keusahawanan. Bersikap berani mencuba, rajin,
tekun, sabar dan tidak mudah putus asa merupakan sikap dan nilai postif yang
dapat disemat dalam diri sekaligus melahirakan generasi yang bertanggungjawab
dalam mengendalikan sesuatu kerja.
ISI DAN HURAIAN
Pada era globalisasi kini, teknologi dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam aspek kehidupan di mana teknologi dan inovasi ini menjanjikan kemudahan dalam kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini demikian kerana, ia mempunyai banyak kelebihan serta manfaat yang tersendiri. Sebagai contoh, penggunaan computer dapat membantu pelajar mahupun kakitangan yang bekerja dalam penggunaan haria kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga mampu membantu para pengajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika ia digunakan dengan bersistematik. Oleh itu, kepentingan ini dapat diperluaskan jika individu dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Dunia perniagaan berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan perubahan. Justeru, usahawan yang membudayakan kreativiti dan inovasi di dalam model perniagaan mereka akan lebih bergerak maju dan berjaya berbanding usahawan yang kekal dengan model perniagaan tradisional yang hanya mementingkan jualan semata-mata. Kreativiti dan inovasi di dalam dunia perniagaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya melalui produk, perkhidmatan, jenama, model perniagaan dan pemasaran.
Kepentingan seterusnya, memastikan wujudnya kesinambungan antara sistem persekolahan dan pendidikan. Melaui isi berikutnya, ia menghuraiakn pengajian TVET yang didedahkan oleh Kementerian Pendidikan seperti Vokasional, Politeknik dan kolej komuniti mampu memberi penekanan dan melatih 60 peratus tenaga mahir dalam negara menjelang 2020. Ini dapat dikendalikan melalui bidang teknologi dan inovasi, kemahiran hidup dengan kurikulum reka cipta dan pertandingan reka cipta kebangsaan yang dilaksanakan setiap tahun. Tidak di lupakan juga, perkembangan dalam inovasi kini mampu disertai oleh institusi pengajian sama ada kerajaan mahupun swasta dalam mewujudkan daya saing yang kuat dan melahirkan idea yang berkebolehan tinggi dalam inovasi sekaligus dapat mengeksploitasi sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dunia.
Seterusnya, kepentingan inovasi mampu menjamin kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi. Ia dpat mencipta dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan kerana inovasi bersifat mendahului. Sebagai contoh pasaran untuk “kek lapis” boleh merentasi sempadan geografi yang dibuat di Malaysia akhirnya dijual ke seluruh dunia. Ia juga mewujudkan persekitaran kerja yang berdaya maju kerana pengusaha atau kerajaan sentiasa membuat yang terbaik untuk terus kekal relevan sepanjang masa. Contoh diambil melalui inovasi dalam pembungkusan produk keluaran Malaysia. Akhir sekali, mampu meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat seperti klinik bergerak dan balai polis bergerak.
KESIMPULAN
Kreativiti
dan inovasi adalah kunci untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara pencipta dengan pengubalan dasar-
dasar negara. Selain itu, ekonomi global semakin berkurangan dan semakin banyak
pesaing, sebagai rakyat kita juga perlu memikirkan cara- cara yang terbaik juga
untuk menghasilkan produk cemerlang, perkhidmatan atau proses. Malahan itu,
usaha yang dijalankan oleh kerajaan telah terbukti berjaya mengubah minda
rakyat Malaysia. Dengan segala apa yang dirancangkan kita perlu laksanakan
dengan jayanya bagi mengembangkan budaya inovasi. Akhir sekali, kita harus
melahirkan pekerja yang produktif untuk meningkatkan imej organisasi dan
negara.
Kreativiti
dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi berfikiran kelas pertama
dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini dan tiada
pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario
ini, tugas semua pihak amatlah diperlukan dalam membantu generasi untuk terus
bersaing dan meningkatkan nama negara ke mata dunia sekaligus merealisasikan
tujuan untuk menjadi negara berteknologi tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Kreativiti dan inovasi adalah kunci untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara pencipta dengan pengubalan dasar- dasar nega...
-
Pada era globalisasi kini, teknologi dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam aspek kehidupan di mana teknologi dan inovasi ini...
-
Apakah sebenarnya definisi kreativiti dan inovasi? Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea...